SELAMAT DATANG KE LAMAN SANTAI NIK ERWAN AKA POK NIK SELAMAT DATANG KE LAMAN SANTAI NIK ERWAN AKA POK NIK

Monday, December 19, 2011

AMAL JARIAH ?

~~~ AMAL JARIAH ~~~~~

Rasulullah s.a.w pernah mengungkapkan keutamaan amal jariah di antara semua jenis kebajikan, iaitu pahalanya tetap mengalir walaupun orang yang melakukannya telah tiada (wafat).

 Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila meninggal anak cucu Adam (manusia), maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal sahaja iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaatnya oleh manusia, dan anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Riwayat Ahmad).

Dalam hadis-hadis berikut, Rasulullah s.a.w menyebut beberapa jenis amal jariah yang berkait langsung dengan kepentingan masyarakat. Baginda bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seorang mukmin setelah dia meninggal dunia kelak ialah ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan, anak soleh yang dia tinggalkan, mushaf Al-Quran yang dia wariskan, masjid yang dia bangun, rumah tempat singgah musafir yang dia dirikan, air sungai (irigasi) yang dia alirkan, dan sedekah yang dia keluarkan di kala sihat dan masih hidup. Semua ini akan menyusul dirinya ketika dia meninggal dunia kelak.” (Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)


Kalau kita ada kemampuan, jangan lupa untuk membuat kebajikan. Ingatlah rezeki yang diperolehi bukan hak milik kita seorang sahaja. Ia harus diinfak walaupun tidak banyak. Kalau Allah senang memberi kesenangan, tidak sukar untuk Allah memberi Kepayahan. Ayuh " Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah pertama". 

No comments:

Post a Comment